sejak mengandung, boleh kira dengan jari betapa aku tak rajin tangkap gambar diri sendiri.
gambar ni diambil kelmarin at 34 weeks dan 2 days pregnant..yer, pipi sungguh tembam, muka sembab kan.. Hari Selasa, aku tak pergi kerja sebab sakit pinggang takbley bangun dari katil (xsure samada malas ataupun dah lemak sebab cuti lama kan..haha) dan incik suami pon tak pergi kerja (eh..apesal?). Pergi klinik, dengan senang dapat MC..hihi. Check baby semua ok, alhamdulillah berat baby dah 2.282kg..kata doc, walaupun perut kecik tapi baby membesar dengan baik seiring dengan minggu. Doc kata lagi, sakit pinggang yang teramat tuh sebab otot first-time mother ni tengah mengembang to prepare for the labour. Doc kata lagi, ibu yang perutnya kecil biasanya bersalin awal...erkkk!
eh, panjang pulak caption gambar..

Walaupun memang tak berniat nak beli baby cot, tapi ini rezeki anak..belum lahir lagi dah ada orang hadiahkan baby cot..free..cuma datang amik jer. special thanks to erna dan husband atas baby cot ni, insyaAllah akan dimanfaatkan sepenuhnya. paling suka part kat bawah tuh boleh sumbat barang-barang baby supaya umah eden xnampak semak sangat. Thanks gak to BFF Maya, Ajis dan incik suami atas perkhidmatan transportation Grandis dan tukang angkut (rasanya macam berat), dan tak lupa buat BFF Ikin sebab tolong arrangekan dari jauh.
Ok. berbalik pada tajuk..
Eceh..tajuk entri macam pandai jer..hihihi..
Well, sebenarnya panic attack melanda diri ini tatkala melihat tarikh hari ni yang dah masuk bulan Disember 2011.
Pagi tadi incik suami boleh plak bertanya "Awak tahu ke macam mana nak meneran nanti?"
aAku dengan selamba jawab "Err..serius tak tahu"
Dan bila sampai2 je kat ofis, terus google antenatal class area Klang Valley dan Selangor. Cadangnya memang nak pergi kelas tu, tapi 'effort' nak mencari tuh memang
yillek..sabar jelah..
So, dah try contact beberapa hospital..cam Annur dgn Az-Zahrah, antenatal class cuma untuk patient yang wat routine check-up kat hospital tuh je..ada jugak hospital lain, yang ada provide kelas antenatal tapi masalahnya yang untuk tahun 2011 dah tamat. Kalau awal Januari 2012 memang ada, tapi buatnya aku dah bersalin awal..maka burn plak fee tuh..
Kalau hospital kerajaan plak, memang free tapi..tapi...kelas banyak time weekdays...dan banyak session..cth: Isnin-->sejam untuk kelas breastfeeding, Khamis-->sejam untuk belajar teknik pernafasan, dan lain-lain. Agak leceh di situ sebab susah la kalau asyik nak mintak pelepasan..
Kalau boleh takmo yang mahal sangat (bawah RM100 tuh ok, kalau free lagi bagus)..al-maklumlah, nak menyambut kedatangan orang baru memang banyak kene spare duit..dan kalau boleh memang nak sangat2 elak dari swipe kad kredit je memanjang...
So, last resort..nak tanya PPUM..tadi dah call tapi sebab mereka busy, diorg soh call balik pukul 2. Harap-harap adalah rezeki dan kesempatan nak join kelas ni...harap dapat belajar teknik pernafasan yang betul sebab aku kan ada history asthma, kadang-kadang bila panic pon boleh trigger asthma aku balik..
Tapi sementara tuh, ni ada tips-tips menghadapi saat bersalin yang aku pernah copy n paste dari blog sape ntah. (Note: Maaf sgt2 tak dapat nak letak kredit kat blogger ni..huhu..tapi harap tips kamu dapat membantu ibu-ibu first timer..dan semoga Allah memberkati ilmu yang kamu share ni..insyaAllah)
1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:
a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut..masa menghembus lebih panjang..
b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.
c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.
2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yg ni baik juga untuk suami..sbb skrang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt menguragkan risiko..
Amalan yg dpt Nani senaraikan melalui pembacaan dan mengalaman kawan2..
1. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekali apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.
2. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk kerana dikuatiri akan menjadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Kwan2 nani juga kata, minum byk ais dihujung kehamilan boleh membuatkan baby besar..nnt xlarat nk push..xtahu la betol ke x..huhu..
3. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan kita mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.
PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)
1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”
2. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia. huhu..time cenggini boleh la fokus..takut time sakit abeh semua petua dan ilmu ilang..mintak dijauhkan la..huhu..
3. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dalam2 melalui hidung dan lepas melalui mulut.
4. Banyakkan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”mak nani ckp ayat ni amalkan selalu..even belum sakit lg pun..
PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)
1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia...akan ku usahakan..
2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran..maknanya meneran bila ada contraction sahaja..kalo xda contraction jgn teran..sbb nnt penat je..bby xkuar pun..
3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali... Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran...
4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa).. Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)..ingat ye para suami..
5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, tahan nafas dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..)dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.
Ok..mari amalkan yukkkk. Practise makes perfect.